Sunday, July 26, 2009

Finally,inspiration to write a post!

THOUGHT OF THE DAY:

"Until you decide that NOTHING will stop you from success, EVERYTHING will."

Salam....

Setelah berbulan-bulan lamanya blog ini wujud, baru hari ini hati saya mendapat inspirasi untuk menaip post yang pertama..Sudah berbuih-buih agaknya mulut sahabat-sahabat menyuruh saya aktifkan blogspot,dan saya hanya membalas dengan senyuman yang paling manis (cewahh) diiringi kata-kata "nanti dulu lah,akaun myspace,friendster,facebook, dan fotopages yang sedia ada pun membuatkan saya tak menang tangan..". Buat pengetahuan semua,akaun-akaun di atas masih lagi aktif dan dikemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Blogspot ini bakal saya jadikan sebagai 'online diary' untuk saya dan Aaron mencoretkan kutipan kenangan sepanjang kami menjalani kehidupan. Siapa Aaron? Dialah arjuna hati saya. Mungkin blog ini menjadi tempat untuk kami saling bertukar cerita,memandangkan kami tidak lagi kerap bertemu seperti dulu lantaran kesibukan dengan pelajaran yang menuntut kami membahagikan masa dengan bijak...

Hmmm..mungkin sahabat-sahabat semua tertanya-tanya kenapa bahasa saya berbeza di blog ini,tidak seperti di fotopages..Sebenarnya,saya mendapat inspirasi untuk menulis dalam bahasa baku setelah mendapat inspirasi daripada teman sebilik yang dikenali sebagai RIZHA. Katanya, "macam ada perasaan yang berbeza bila kita menggunakan bahasa baku" Ya,saya akui memang perasaannya berbeza.

Bercerita sedikit tentang kehidupan sekarang ini,saya baru sahaja bergelar mahasiswi UiTM Shah Alam (Kampus Puncak Perdana) dan sedang mengikuti program Diploma Perakaunan (Fast Track). Jika tiada aral melintang, saya akan meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam masa dua tahun lagi sebelum mengambil kursus profesional ACCA. Mohon didoakan agar saya berjaya mengharungi segala cabaran. Hari-hari yang saya lalui sepanjang bergelar pelajar unversiti sangat indah! My days are getting eventful. It's exciting in spite of tiring and the full determination tranquils the new daily schedule. I'm adapting a new rythm and it shouldn't be going to take long to rhyme. God willing..

Sementara itu,Aaron pula sedang mengikuti kursus Certified Accounting Technicians (CAT) di Sunway College,Subang Jaya yang akan mengambil masa lebih kurang setahun sebelum meneruskan pengajiannya dalam program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Kursus ini merupakan sesuatu yang baru buat dirinyanya kerana kerana dia merupakan pelajar aliran sains di sekolah dahulu..Tapi,saya percaya dia mampu melakukannya dengan cemerlang. Chia Yo Darling!! Melihatkan kesungguhannya untuk mempelajari sesuatu yang baru dan berbeza,sekali lagi saya mendapat inspirasi untuk terus melangkah dan tabah menghadapi subjek-subjek baru yang kadangkala membuatkan saya hampir tersungkur.

Sampai di sini dahulu catatan saya buat masa ini yang saya kira sudah pun melampaui kebiasaan post pertama.hehehehe..

yang puas menaip,

nur atiqah =)

No comments:

Post a Comment