Sunday, August 23, 2009

Kembali ke Puncak...

Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum saya pulang ke kampus..Kalau tiada aral, saya bertolak selepas maghrib atau lebih tepat lagi selepas berbuka puasa hari ni..Shah Alam bukannya jauh sangat..Seronok juga nak balik ke sana,tapi dalam yang sama terasa agak berat hati untuk tinggalkan rumah..Kenapa? hurmm...Ibu saya kurang sihat. Entahlah..doktor kata suspek H1N1. Tapi syukurlah dia masih mampu bekerja walaupun nampak kurang bermaya..Kepada sahabat-sahabat,mohon didoakan ibu saya segera pulih seperti sedia kala. Terima kasih..

Mulai esok saya akan menempuh bulan Ramadhan bersama-sama sahabat di Puncak Perdana. Yup,bersama keluarga di Puncak..Kasihan juga bila mengenangkan sahabat-sahabat yang terpaksa berpuasa tanpa keluarga. Sebenarnya saya tak sampai hati nak balik,tinggalkan mereka..terutamanya YATI dan NINY..Mereka berdua saja yang tak balik. Rumah yati di kedah,niny pula di kelantan..Tak berbaloi kalau nak balik cuma untuk dua malam kan..tapi bila ayah telefon saya hari Jumaat lepas,tanya saya balik atau tak..saya terus buat keputusan untuk balik. Dua malam pun jadilah,nampaknya keluarga lebih memerlukan saya. Ecece..

Okey,saya nak pergi berkemas sekarang. Walaupun balik rumah cuma dua malam,tapi barang-barang yang dibawa balik macam nak duduk rumah dua minggu! haishh..Ini la ayat yang ayah saya selalu cakap. Nak buat macam mana, anakmu ini seorang yang agak perfectionist. Semua mesti ada! hehe

Tiada lagi adegan rebut-rebut kerusi di meja makan..
Tiada lagi masak memasak untuk berbuka..
Tak dengar lagi suara Sarah merengek-rengek lapar..
Saya pun takkan ketuk pintu bilik ibu bapa saya,kejutkan mereka untuk bersahur..hurmm (bukan ke sepatutnya mereka yang kejutkan saya? haha,keluarga saya memang serba terbalik. )

Happy Fasting!
Happy Feasting!
...Salam...

1 comment:

  1. haha.
    hey dear.
    im just okay la kt sini.
    dont feel so guilty.
    =)

    ReplyDelete